TIPS

Inilah Cara Menghilangkan Rasa Mengantuk Di Waktu Pagi

Rasa mengantuk atau tidak cukup tidur diwaktu pagi boleh menjejaskan tumpuan terhadap kerja ataupun rutin seharian. Bila terlalu banyak menguap, mata akan terasa pedih dan badan akan mula rasa lesu. Pasti ketika itu anda rasa seperti mahu mencari bantal dan selimut. Betul tak?

Tetapi takkan nak sambung tidur sedangkan ada banyak kerja atau tugasan yang perlu anda siapkan ketika itu. Kalau hal ini berlanjutan atau berulang setiap hari, pasti prestasi kerja akan merundum.

Jika anda salah seorang yang kerap rasa mengantuk di waktu pagi, jangan risau. Dalam artikel ini NW akan berkongsi tips untuk menghilangkan rasa mengantuk.

Cara Menghilangkan Rasa Mengantuk Di Waktu Pagi

1) Dapatkan Waktu Tidur Yang Mencukupi – Jika anda kerap berasa mengantuk di waktu pagi, itu tandanya anda tidak mendapat waktu tidur yang cukup. Apa yang perlu anda lakukan adalah cuba tidur setengah jam atau kalau boleh sejam lebih awal dari waktu tidur anda. Contohnya kalau sekarang ini anda selalu masuk tidur pukul 11 malam, anda ubah kepada 10 malam atau 10:30 malam. Dan cuba lihat hasilnya pada keesokan hari.

2) Jauhkan Gajet Dari Katil Anda – Waktu tidur adalah waktu untuk merehatkan badan, termasuk mata dan minda jadi elakkan membawa telefon bimbit atau sebarang gajet lain ke atas katil untuk memastikan waktu tidur anda tidak terjejas. Antara tabiat buruk yang kerap kita amalkan adalah baring sambil membelek telefon samaada membaca berita online, berkomunikasi di laman sosial atau bermain game. Semua ini harus dielakkan untuk memastikan badan, minda dan mata benar-benar dapat rehat yang secukupnya.

3. Padamkan Lampu – Pastikan bilik tidur anda gelap atau malap sebelum anda memejamkan mata. Tidur dalam bilik yang kurang mendapat cahaya akan membantu anda untuk tidur dengan lebih lena. Mungkin kita tidak sedar bahawa bila kita tidur dalam bilik yang tidak dipadamkan lampu, cahaya dari lampu tetap dapat menembus kelopak mata biarpun kita telah terlelap. Ini tidak akan memberi peluang kepada mata untuk berehat.

4) Senaman Ringkas – Satu cara lagi untuk menghilangkan rasa mengantuk di waktu pagi adalah dengan melakukan sedikit senaman ringan selepas anda bangun. Senaman akan membantu melancarkan kembali peredaran darah dan mengelak dari otot badan berasa tegang.

5) Mandi Dengan Air Sejuk – Petua yang paling mujarab untuk buat anda hilang rasa mengantuk di waktu pagi adalah dengan mengamalkan mandi air sejuk. Amalan mandi dengan air sejuk ini bukan sahaja menyihatkan badan tetapi juga membantu membangunkan saraf-saraf dan membuat badan anda rasa lebih cergas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *