TIPS

8 ‘Senaman Dagu’ Gerenti Hapus “Double Chin”!

“Double chin” atau dagu berlapis bukanlah masalah ganjil dalam kalangan kita.

Menurut pakar, pada asalnya dagu berlapis ini muncul disebabkan sejenis lemak yang ada di leher mula mengendur lalu menyebabkan ia berbuku di bawah dagu atau mungkin juga disebabkan keturunan. Ada jenis individu yang memerangkap terlalu banyak air di bahagian dagu dan secara semula jadinya ia akan menyimpan lemak di bahagian tersebut. Bahkan, ada juga faktor lain yang mengatakan dagu berlapis terjadi disebabkan umur.

Wanita umumnya sering berasa tertekan andai ada bahagian tubuh berlemak yang sukar disorok seperti di bahagian dagu, lebih-lebih lagi jika ia akan kelihatan hodoh jika dilihat daripada pandangan sisi.

Oleh itu, Wanista berasa terpanggil untuk berkongsi lima senaman mudah untuk menghapuskandouble chin secara berperingkat.

#1 Tekanan Rahang

1. Dongak sambil mata pandang tepat pada siling sambil lidah menolak kuat lelangit di dalam mulut.

2. Secara perlahan turunkan kepala lalu ditekan ke bahagian. 

3. Berada dalam posisi sama untuk beberapa saat sebelum membetulkan kepala pada keadaan normal dan relakskan lidah.

4. Boleh lakukan pada bila-bila masa dan di mana jua. Senaman ni dapat legakan sakit leher juga tau!

#2 Senaman ‘O’

1. Kembungkan mulut, pastikan keseluruhan dalam mulut dipenuhi udara. Tahan beberapa saat.

2. Sekarang muncungkan mulut bentuk ‘O’ dan hembus udara perlahan-lahan.

3. Samibil melepaskan udara melalui mulut, dongak kepala menghadap ke siling secara perlahan-lahan.

#3 Senaman Ciuman

1. Duduk dengan selesa sambil mendongak.

2. Muncungkan bibir sambil menolak bibir ke arah siling.

3. Tahan selama 10 saat dan balik pada posisi asal.

4. Ulang sebanyak 10 hingga 15 kali setiap hari untuk kesan yang nyata.

#4 Regangan Leher

1. Duduk dengan selesa dii atas lantai. Letak tangan kanan di bahagian belakang (pinggul)

2. Letak tangan kiri melaui belakang leher di sisi pipi kanan.

3. Sekarang tarik kepala anda ke bahagian bahu sebelah kiri lalu regangkan leher.

#5 Senaman Bibir

1. Tolak bibir bawah naik ke atas dan cuba capai hidung menggunakan bibir bawah.

2. Tahan selama 10 saat dan relaks.

3. Ulang langkah ini untuk lima hingga 10 kali sebelum mula bersolek setiap pagi.

#6 Regangan Kulit Wajah

1. Dengan menggunakan jari telunjuk dan jari hantu, tolak pipi ke atas hingga ke bahagian sisi mata.

2. Sambil lakukan gerakan tolakan kulit pipi ini, buka mulut dalam bentuk bukur dan tahan selama 10 saat. Ulang tiga hingga empat kali.

#7 Senaman Bola Tenis

1.Guna bola tenis untuk senaman ini. Kepit bola tersebut di bahagian leher (antara dagu dan leher).

2. Secara perlahan-lahan lepaskan boleh dan ulang langkah ini sebanyak enam hingga 10 kali dalam satu-satu masa.

3. Tekanan bola keras pada bahagian dagu akan bantu menegangkan kekenduran dagu berlapis serta mengurangkan penampilannya.

#8 Putaran Leher

Pusingkan leher mengikut arah jam dan lawan jam sebanyak lima kali setiap satu, kemudia perlahan-lahan tegangkan leher (dongak kepala).

Untuk pengetahuan semua, senaman-senaman yang dicadangkan ini akan bantu menegangkan kekenduran lemak pada bahagian bawah dagu.

Jika ada antaranya yang kurang yakin, kamu mungkin boleh cuba tingkatkan pengambilan sumber vitamin E.

Vitamin E mudah ditemukan dalam kebanyakan jenis makanan termasuklah kekacang, hati, buah epal, kacang tanah, beras perang serta produk tenusu. Mengunyah gula-gula getahyang tidak mengandungi ramuan gula juga sedikit sebanyak membantu otot rahang terus aktif bergerak mempercepat proses pengecilan dan penegangan dagu.

Selamat mencuba!

Sumber: SoyaLemon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *