TIPS

10 Warna Air Kencing Ini Perlu Anda Alert Untuk Tentukan Tahap Kesihatan

Terkejut rasanya bila melihat perubahan warna pada air kencing sewaktu membuang air. Setakat bertukar warna kepada kuning pekat mungkin ramai yang tidak ambil pusing, tapi lebih membimbangkan bila mana anda melihat ia mula berubah kepada warna yang luar biasa.

Pasti anda mula risau dan pelbagai tanda tanya bermain-main di fikiran. Adakah aku berpenyakit? Sakit apa pulak ni tiba-tiba air kencing jadi merah?

Ha, sebelum situasi ini terjadi pada diri anda, adalah lebih baik jika diberi pendedahan awal tentang makna di sebalik warna air kencing ini secara umum.

Selain dapat dikesan daripada warna-warna yang pelik, senarai berikut juga mendedahkan kondisi sebenar badan anda berdasarkan air kencing yang mungkin selama ini tidak anda ketahui.

1. Jernih

Jika anda membuang air kecil dan kelihatan berwarna jernih, ia mungkin kerana anda telah banyak minum air putih. Pengambilan cecair tambahan mungkin akan menyebabkan anda kerap kali membuang air dan secara tidak langsung ia mencuci warna kekuningan biasa air kencing.

2. Kuning

pucatIni adalah satu petanda yang baik. Warna ini bermaksud anda sihat dan buah pinggang anda juga sedang berfungsi dengan baik. Ia juga satu petanda yang menunjukkan anda terhidrat dengan baik.

3. Kuning telus

Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana warna air kencing seperti ini adalah dalam kondisi yang biasa bagi individu-individu yang mempunyai tahap kesihatan yang baik.

4. Kuning gelap

Pada tahap ini, anda tidaklah perlu terlalu bimbang tetapi apa yang perlu dibuat adalah dengan meningkatkan pengambilan minuman air putih. Warna kuning gelap menunjukkan bahawa toksin dalam air kencing telah dipindahkan daripada badan dan gagal untuk dicairkan seperti dalam proses yang sepatutnya dilakukan.

5. Warna seakan madu

Warna seakan kuning gelap dan ini menandakan anda perlu menambah kuantiti pengambilan air minuman putih dengan kadar segera. Jika tidak, anda bakal berhadapan dengan  masalah dehidrasi.

6. Brownish

Jika air kencing anda berwarna seperti sirap pancake, hati-hati. Anda akan menghadapi masalah dehidrasi yang lebih serius dan ia mungkin juga petanda anda mempunyai penyakit hati. Tambahkan pengambilan air putih dan jika air kencing anda masih kekal berwarna kecoklatan, berjumpalah dengan doktor.

7. Kemerah-merahan

Makanan yang diambil juga kadangkala memainkan peranan dalam perubahan warna air kencing. Contohnya, ubi bit, beri biru atau buah naga boleh menyebabkan warna air kencing anda bertukar menjadi kemerah-merahan. Ada yang menganggap ia adalah darah.

Namun, jika kamu tidak mengambil mana-mana makanan yang disebut, segeralah berjumpa dengan doktor kerana ia boleh jadi kerana anda terkena jangkitan atau sesuatu yang lebih serius seperti penyakit kanser.

8. Oren

Jika air kencing anda berwarna oren, ia mungkin kerana anda tidak cukup minum air. Boleh jadi juga kerana disebabkan pewarna makanan yang diambil berlebihan atau satu petanda yang merujuk kepada penyakit hati. Solusinya, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat perubatan.

9. Hijau atau biru

Terdapat situasi-situasi rare yang berlaku di mana air kencing akan bertukar menjadi warna biru atau hijau. Ini mungkin kerana saluran kencing anda sudah terkena jangkitan.

Mungkin juga kerana ubat-ubatan yang telah diambil menjadikan warna air kencing anda bertukar warna seperti ini. Jadi, lebih baik sekiranya anda berjumpa dengan doktor untuk mengetahui masalah ini dengan lebih lanjut.

10. Berbuih 

Dalam sesetengah situasi, kencing berbuih itu adalah perkara biasa. Namun, jika air kencing itu berbuih luar biasa seperti kebiasaan, ia mungkin kerana anda telah lebih mengambil protein dalam diet pemakanan.

Hal ini juga dikhuatiri bersangkut paut dengan masalah buah pinggang. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan kepastian.

Selepas ini diharap anda tidak lagi memandang remeh tentang perubahan warna air kencing. Yakinlah bahawa setiap warna yang terhasil itu membawa maksud yang berlainan tentang tahap kesihatan anda.

Semoga panduan ini berguna untuk dijadikan rujukan. Ingat, jika anda mempunyai tanda-tanda yang tidak baik seperti yang telah dijelaskan tadi, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Sumber: dailyentertainment.me

Sumber: Remaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *