KESIHATAN

Bahaya Rokok Elektronik Atau Vape! Remaja Ini Kongsikan Kisah Gelapnya Sebagai Vaper Tegar

Sesetengah pihak menganggap hisap rokok elektronik ataupun vape ini boleh dikatakan stylo dan ranggi. Bukan golongan lelaki sahaja yang terjebak dengan vaping ini malah golongan wanita muda sekarang mula jadikan ia sebagai trend gaya hidup. Lepak di kedai makan atau mamak pasti kita dapat lihat anak muda bermegah-megah keluarkan asap vape ini dari mulut. Adakah anda pasti ianya sesuatu gejala yang baik dalam kalangan anak muda dewasa ini?

Baru-baru ini, seorang remaja yang berasal dari Florida, Amerika Syarikat ada kongsikan pengalaman buruknya mengamalkan trend menghisap vape. Umurnya baru sahaja mencencah 18 tahun. Remaja ini dikenali sebagai Chance Ammirata. Mengikut perkongsian Chance, paru-parunya gagal berfungsi secara tiba-tiba setelah mana dia mengamalkan hisap vape 18 bulan sebelum kejadian ini menimpa dirinya. Sepanjang dia menghisap vape, Chance mampu habiskan satu pod cecair dalam masa dua hari sahaja.

Dengan jumlah tersebut boleh disamakan dengan anggaran sebanyak 10 batang sehari rokok biasa.

“Saya sukar untuk tidur pada Isnin lepas kerana sakit di bahagian kiri badan, tetapi ketika itu saya jangkakannya hanya disebabkan oleh masalah otot,” katanya.

Dia mengetahui masalah paru-parunya itu ketika dia keluar bermain boling dengan kabwan-kawan. Pada saat dia nak duduk di kerusi, Chance merasakan sakit yang melampau di bahagian dadanya.

“Mereka ketika itu buat saya ketawa dan ingatkan saya berpura-pura, ia berasa seperti dada saya nak pecah, seolah-olah saya terkena serangan jantung,”Kata Chance lagi.

Chance dibawa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut kemudian 5 jam selepas itu dia didatangi pakar bedah. Dia dimaklumkan bahawa paru-paru kirinya telah rosak dan pembedahan perlu dijalankan segera bagi memasukkan tiub agar paru-parunya itu dapat diselamatkan.

“Apa yang kamu hisap selama ini telah meninggalkan bekas hitam pada paru-paru kamu, kata doktor itu kepada saya,” Jelas Chance.

Chance amat bernasib baik kerana pembedahan itu dapat menyelamatkannya namun titik hitam wujud dalam paru-parunya amat sukar untuk hilan malah tidak akan hilang langsung.

Chance berkongsikan pengalaman buruknya ini di media sosial miliknya agar umum sedar akan kemudaratan budaya rokok elektronik ataupun vape ini kepada badan. Semoga perkongsian ini boleh membuka mata rakyat di negara kita tentang bahayanya vape.

Sumber: TwitterThe Sun

Comment here