Viral

Umur 9 tahun tapi petah berniaga online kalah orang dewasa, ibu terkejut Baby Mia menyerlah selepas setahun murung hilang abang

AKSI seorang kanak-kanak perempuan yang petah berbicara setiap kali bersiaran secara langsung (live) menerusi Facebook ternyata menerima pujian ramai.

Di sebalik kepetahan Nur Mia Maisara, 9, yang lebih dikenali sebagai Baby Mia, terselindung kisah duka dalam keluarganya yang menyebabkan dia pernah patah semangat sebelum bangkit ‘menyinar’ setahun kemudian.

Menurut ibunya, Nor Azlina Jamil, 40, abang kepada Baby Mia iaitu Muhammad Najmi Hakim sudah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2017.

Jelasnya, peristiwa tersebut menyebabkan Baby Mia yang berusia lima tahun pada waktu itu sukar menerima apa yang berlaku dan mula berubah setelah ketiadaan abang yang rapat dengannya.

“Baby Mia terlampau rapat dengan arwah abangnya. Pada waktu itu, Mia berumur lima tahun manakala arwah bersekolah darjah dua. Mia kurang rapat dengan anak sulung saya kerana jarak usia yang jauh antara mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Arwah meninggal kerana kemalangan ketika balik sekolah pada tahun 2017. Sejak detik itu, Baby Mia jadi down, dia terlampau terasa akan kehilangan itu. Sebab mereka sangat rapat, tidur pun sebantal.

“Mereka tak pernah berenggang melainkan ketika arwah pergi ke sekolah. Pada waktu itu, saya tengok Baby Mia main bersendirian. Memang sangat terasa kehilangan,” imbasnya kepada mStar.

babymia3

Lebaran terakhir Azlina sekeluarga bersama arwah anak keduanya (tengah) yang meninggal pada 2017.

Enggan membiarkan kesedihan itu berlanjutan, Nor Azlina cuba mencungkil bakat Baby Mia dengan mendaftarkan dia dalam satu pertandingan pencarian model setahun selepas kejadian duka itu.

Menurut Nor Azlina yang menetap di Kuantan, Pahang, dia sama sekali tidak menyangka anak bongsu dalam tiga adik beradik itu mempunyai bakat tersendiri dan mula bangkit sehingga tidak lagi terkesan dengan kehilangan abangnya.

Setiap kali live, Baby Mia juga akan doakan semua orang di penghujung siaran.

NOR AZLINA

IBU

“Saya nak cari balik semangat dan keberanian dia. Saya bawa Baby Mia masuk pertandingan modelling. Pada waktu itu, umurnya enam tahun. Pertandingan ini berlangsung setahun selepas kematian anak kedua saya.

“Pada waktu itu, saya dapat saksikan tahap keyakinan Baby Mia sangat tinggi. Dah hilang kesedihan, saya tengok dia berubah. Saya pun tak tahu dia minat atau tidak, tapi saya cuma pesan untuk dia buat yang terbaik di atas pentas.

“Saya tengok Baby Mia dapat tepukan gemuruh ketika pertandingan di Kuantan Parade. Sejak itu juga saya dapat rasa kelainan. Apa saya bagi dia boleh buat,” imbasnya lagi.

Menurut Nor Azlina, dia juga mula mendedahkan Baby Mia dengan siaran secara langsung di Facebook pada tahun itu sebelum mereka ditawarkan dengan pelbagai ulasan produk daripada pelbagai pihak.

baby mia2

Baby Mia pernah menyertai pertandingan pencarian model ketika berusia enam tahun.

“Ketika umur enam tahun dia dah pandai membaca. Bila buat live, saya tengok dia baca komen yang ditulis, dia pandai berinteraksi dengan penonton. Lama kelamaan dia jadi terbiasa.

“Masa tu sekadar buat live saja. Kemudian masa dia umur tujuh tahun, ada orang tawar untuk buat reviu produk. Macam-macam produk Baby Mia terima.Tak lama kemudian, saya juga ada keluarkan produk Baby Mia sendiri iaitu pewangi dan magic lip untuk merawat bibir.

“Setiap kali live, Baby Mia juga akan doakan semua orang di penghujung siaran. Dia juga akan minta orang terus berikan sokongan kepadanya. Baby Mia hanya nak cari rezeki untuk tolong mak abah,” ujar Nor Azlina.

baby mia 4

Kepetahan Baby Mia turut membuka pintu rezeki buat dirinya.

Mengenai dirinya, Nor Azlina sebelum ini mengusahakan sebuah pusat cuci kereta, namun ia dihentikan selepas kematian anak keduanya.

“Dulu saya usahakan car wash, tapi sekarang saya fokus keluarga. Saya dah tak buat car wash sebab anak kedua meninggal atas jalan ketika dia melintas ke tempat car wash saya. Saya terus berhenti.

“Saya hanya fokus terhadap anak-anak selepas kejadian itu. Abah Baby Mia pula seorang buruh, bekerja sebagai pemandu lori,” cerita Nor Azlina lagi.

Akhir kata, Nor Azlina berharap bakat puteri kesayangannya itu terus menyinar sehingga berjaya menggapai cita-cita sebagai ahli perniagaan suatu hari nanti.

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *