Artis KELUARGA

“Sebulan RM100 Saja” Mahu Anak Berdikari, Wawa Zainal Tak Mewahkan Anak Dengan Wang Ringgit!

Cara didikan anak setiap orang berbeza-beza. Namun bagi Wawa Zainal, biarpun lebih dari mampu, dia mahu ketiga-tiga anak kecilnya mengenal erti kesusahan malah pandai berdikari sendiri sejak kecil.

Malah kata ibu kepada tiga orang cahaya mata ini juga tidak pernah memewahkan anak-anak kecilnya dengan kemewahan dan wang ringgit.

Kata Wawa, dia tidak pernah memanjakan anak-anaknya dengan wang ringgit malah tidak pernah membiasakan untuk dapat apa yang mereka mahukan.

” Saya dan Aeril tak pernah manjakan anak. Kalau mereka nak beli sesuatu, nak beli itu dan ini, kami memang tak pernah biasakan apatah lagi menjanjikan, senang-senang dapat segala-galanya.

“Kalau dia nak, dalam sebulan saya akan bagi peruntukan RM100.

” Kalau dia rasa tak cukup, saya cakap cari duit sendiri,” kongsi Wawa yang turut membenarkan anak keduanya, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa berlakon untuk mencari duit poket sendiri.

Kata Wawa lagi, anak keduanya itu sanggup bersengkang mata meneruskan sesi penggambaran dari pagi sehingga malam, semata-mata mahu mengumpul duit poket sendiri bagi memberi aksesori Toca Boca yang cukup digemarinya.

Macam-macam ragam, namun itulah cara kita sebagai mak ayah dalam mendidik anak-anak. Bukan memaksa tetapi mahu anak tahu bahawa wang ringgit tidak semudahnya diinginkan tanpa usaha.

Dulu selalu marah, sekarang lebih terkawal
Ketika ditanya mengenai cabaran dalam mendidik anak-anak yang sedang membesar, berkongsi menerusi Live Pa&Ma Gala Moms yang bersiaran pada Ogos lalu, Wawa mengakui dia juga sama seperti ibu lain yang adakalanya sering marah pada anak-anak, kadang kala menangis dan bermacam ragam lagi kala membesar dan mendidik ketiga-tiga anaknya.

“Kita ni macam-macam emosi ada, lepas marah anak rasa menyesal lepas anak tidur. Itu biasa. Wawa kalau nak marah anak, dulu ye memang selalu marah anak tapi sekarang Wawa ambil pendekatan Aeril yang lebih tenang, marah tapi lebih terkawal.

“Of courselah kita semua nak yang terbaik buat anak. Pada Wawa, Wawa nak anak-anak jadi anak yang berguna pada penciptaNya, biar mereka menjadi anak yang soleh solehah dan sentiasa mendoakan Wawa dan Aeril kelak,” kata Wawa lagi berkongsi.

Kredit: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *