KESIHATAN

Tips ALAMI Ini Sangat Membantu Untuk Atasi DEMAM, BATUK dan SELSEMA – Dr Suri Roowi

Memandangkan cuaca agak tidak menentu sekarang ini, di sini saya kongsikan tips alami untuk membantu masalah demam, batuk dan selsema.

Tips 1

Caaranya adalah;

1. Minum air bawang putih. Bawang putih ada bahan Allicin, boleh membantu masalah demam, sa kit tekak dan selsema.

Untuk mendapatkan khasiat yang banyak, bawang putih perlu dihancurkan atau dipotong-potong, seterusnya dibiarkan selama 10 minit, agar enzim dapat bertindak balas dan menghasilkan bahan berkhasiat Alicin.

Selepas itu barulah ditambah air suam.

Sebaiknya diambil bersama madu. Dapatkan madu yang asli.

TIPS KE-2 dan 3

Memandangkan cuaca agak tidak menentu sekarang ini, di sini saya sertakan sambungan tips alami untuk membantu masalah demam, batuk dan selsema.

Cara ke 2 dan 3 adalah :

2. Halia adalah herba popular untuk bantu rawat batuk.

Caranya adalah dengan han curkan halia dan direbus. Jus lemon dan madu boleh ditambah. Pastikan madu asli.

Cara lain adalah dengan kemam halia yang telah dibuang kulit untuk bantu kurangkan batuk.

3. Nenas mengandungi enzim bromelain. Enzim ini bantu cairkan kahak dan kurangkan batuk.

Tips ke-4 dan seterusnya akan saya kongsikan dalam posting selanjutnya.

Teruskan follow saya di fb paage dan fb personel saya untuk tips sihat alami.

Selamat Mencuba dan Dapatkan Nasihat Doktor Anda.

sumber; Dr Suri Roowi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *