PETUA

(Video) Nak Buah Jadi Lebih Manis, Ni Petua Yang Boleh Dilakukan Untuk Simpan Benih Nanas

Apabila sebut sahaja buah nanas, pasti ramai yang dapat membayangkan buahnya yang tajam di permukaan luar, namun isinya mampu menggiurkan kerana rasanya yang masam manis. Malah, buah nanas memang sedap dimakan bersama serbuk asam atau dijadikan jus buah.

Bila kita memilih buah nanas di pasar, pasti kita berharap isi di dalamnya manis-manis sahaja, kan. Bagi yang suka menanam sendiri buah ini, anda boleh guna beberapa petua untuk menghasilkan buah nanas yang manis.

Menerusi perkongsian video di ruangan Youtube, Syahman Abu Hasan telah berkongsi beberapa petua untuk menyimpan benih nanas agar buah yang terhasil nanti akan lebih manis. Antara petuanya ialah:

  1. Pindahkan benih nanas daripada kawasan yang terbuka dan mudah terkena cahaya matahari supaya ia kering dan tidak layu.
  2. Jangan terus tanam selepas ambil daripada pokok, biarkan mata akarnya kering dahulu.
  3. Cabut sedikit daun-daun di bawah supaya nampak akar.
  4. Bila akar sudah keluar, benih akan terus berkembang dalam tanah apabila ditanam.

Ikuti perkongsian penuhnya di bawah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *