“Ada yang men4ngis tak nak turun” – Syoknya! Pak Long gigih buat ‘kereta api’ sambut 40 anak buah balik kampung, penduduk pun teruja

RAMAI yang merancang perjalanan untuk pulang ke kampung selepas aktiviti merentas negeri dibenarkan.

Bagi seorang penduduk di Felda Pasoh di Jempol, Negeri Sembilan, dia juga teruja menyiapkan satu projek untuk anak-anak saudaranya yang pulang bercuti di kampung.

Ibarat sebuah kereta api, lelaki itu memandu kenderaan pelbagai permukaan (ATV) yang menarik beberapa tong air yang dinaiki sekumpulan kanak-kanak.

Lelaki berkenaan, Sahran Siran berkata, ATV yang dibelinya pada tahun lalu sebenarnya untuk kegunaannya melakukan kerja-kerja di ladang kelapa sawit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Namun dia yang lebih dikenali sebagai Along Sahran memberitahu, kenderaan itu hanya digunakan beberapa kali berikutan ia tidak sesuai dibawa ke ladang.

“Pada asalnya ATV untuk saya ambil buah, membaja dan mer4cun. Tapi jalan di ladang tidak rata, dengan berlubang-lubang menyuk4rkan perjalanan.

“Badan saya sampai s4kit-s4kit bawa ATV. Sudahnya ATV disimpan dalam garaj di rumah,” katanya yang berusia 47 tahun kepada mStar.

Pembikinan ‘kereta api’ menggunakan tong air.

Along Sahran berkata, dia mendapat inspirasi untuk menghasilkan ‘kereta api’ itu daripada seorang kenalan di kampung sebelah selain mahu memanfaatkan ATV daripada terbiar begitu sahaja.

“Simpan ATV lama-lama nak buat apa? Lagipun anak-anak saya ramai, belum lagi anak-anak buah. Sekarang pun dah boleh rentas negeri, adik-beradik saya balik kampung.

“Lebih baik saya buat ala kereta api untuk anak-anak buah naik. Tujuh gerabak ditempah khas, diperbuat daripada tong air.

“Biasanya orang guna tong besi, tapi ia akan menyebabkan bunyi bising sepanjang perjalanan,” ujarnya yang mempunyai 9 anak dan lebih 40 anak saudara.

‘Kereta api’ beroperasi pada waktu malam.

Menurut anak sulung daripada lapan beradik itu, kesemua gerabak mengambil masa lebih sebulan untuk disiapkan, di mana kapasiti kira-kira dua orang bagi setiap satu.

“Tujuh gerabak ni panjang dan cukup-cukup untuk dibawa ke jalan dengan lancar. Kalau tambah gerabak lagi nanti ‘makan’ jalan bila masuk atau keluar simpang.

“Kos setiap gerabak dianggarkan RM700, menjadikan keseluruhan berjumlah RM4,900. Ia tidak termasuk ATV yang saya beli ketika itu pada harga RM5,300 sebuah,” katanya yang turut dipanggil Pak Long.

Simpan ATV lama-lama nak buat apa? Lebih baik saya buat ala kereta api untuk anak-anak buah naik

ALONG SAHRAN

Along Sahran yang bekerja sendiri berkata, adik-beradik dan anak-anak saudaranya yang pulang ke kampung dari luar Negeri Sembilan seperti Kedah dan Selangor pada hujung minggu lalu, berpeluang merasai pengalaman menaiki ‘kereta api’.

“Bukan kanak-kanak saja, orang dewasa pun boleh menaiki kereta api ini, yang dibawa pusing-pusing satu kampung selama kira-kira 20 minit.

“Selepas anak-anak buah naik tren tu, saya buka peluang kepada cucu-cucu untuk menaikinya juga tapi kenakan bayaran, RM3 untuk seorang,” katanya.

Kanak-kanak teruja menaiki ‘kereta api’.

Menurut Along Sahran, ‘kereta api’ tersebut boleh membawa maksimum 14 penumpang pada satu-satu masa dan kelajuan antara 30 hingga 40 kilometer sejam melalui kawasan kampung.

Baginya, idea kreatif itu ternyata berbaloi kerana ia memberi keseronokan kepada anak-anak buah di kampung, malah mengujakan anak-anak serta cucu-cucu penduduk setempat.

“Ia bukan sahaja untuk kegunaan bersiar-siar dalam kawasan kampung, tapi kalau ada program seperti kenduri kahwin boleh juga digunakan untuk pengantin berarak.

“Paling seronok budak-budaklah. Ada yang men4ngis tak nak turun, minta bawa pusing-pusing kampung lagi. Kalau naik dua kali, kena caj dua kalilah,” ujarnya secara bersel0roh.

Sumber : mStar

Author: adminjv

Leave a Reply