BUKAN sekali, sebaliknya sudah dua kali wanita ini menghadiahkan kereta buat bapanya.
Hanya mahu dikenali sebagai Bulan, 23, ibu kepada dua cahaya mata itu pernah menghadiahkan bapanya sebuah Proton Saga FLX sekitar empat tahun lalu.
Kali ini, dia menghadiahkan bapanya sebuah Proton Perdana sebagai tanda ingatan atas jasa dan peng0rbanan yang dicur4hkan selama ini.
“Empat tahun lepas saya hadiahkan sebuah Proton Saga FLX. Kali ini Proton Perdana. Biasalah orang berusia, mereka memiliki semangat patri0tik yang tinggi. Ayah memang suka jenama Proton.
“Hadiah ini bukan sempena hari lahir, tapi memang dah lama saya rancang. Saya rasa serb4-sal4h sebab beli kereta baharu untuk diri sendiri, jadi saya belikan juga untuk ayah,” ujarnya kepada mStar.
View this post on Instagram
Menurut Bulan yang kini sedang h4mil anak ketiga, kejutan untuk bapanya yang mesra disapa Pakcik Baharuddin pada kali ini sedikit berbeza jika dibandingkan dengan per1stiwa yang berlaku empat tahun lalu.
Jelas Bulan yang menetap di Shah Alam, Selangor, dia sedikit seb4k apabila memikirkan ibunya yang meningg4l dun1a akib4t dar4h tinggi pada tahun lalu.
Bulan berkata, dia mahu berbakti kepada keluarga sebagai tanda membal4s jasa mereka.
“Ayah t4k percaya ketika saya belikan kereta itu. Dia fikir saya main-main. Dia pula t4k suka susahkan anak-anak.
“Dulu saya bagi kereta, mak masih ada. Tapi kali ini tak sempat. Ada rasa kur4ng sikit. Kita sebagai anak berniat nak gembirakan kedua orang tua. Bila hasrat tak kes4mpaian, ada la ter4sa sikit.
Saya bawa mereka berdua ke Makkah pada tahun 2018. Selepas itu, saya perasan rezeki makin mencur4h-cur4h.
BULAN
“Tapi tak apa, asalkan ayah gembira. Ayah kata dia tak sangka akan pakai kereta mewah. Ayah saya dulu nelayan. Saya selalu tengok ayah dan arw4h mak bersusah demi anak-anak.
“Ayah pergi ke laut pagi sampai malam, hujan atau ribut pun dia tetap pergi ke laut. Kita tahu sus4hnya macam mana. Arw4h mak pun tolong ayah kerja bendang, ambil up4h menjahit lagi,” imbas Bulan sebak.
Kata Bulan, kejvtan kereta kali ini berbeza kerana ibunya sudah tiada.
Menurut Bulan yang sudah berniaga sejak umur 18 tahun, dia terharu apabila video kejutan untuk bapanya tul4r di aplikasi TikTok.
Bulan yang kini mengusahakan produk rambut jenama sendiri juga percaya akan konsep rezeki dan mahu berbakti kepada bapanya selagi hayat masih dikandung badan.
“Saya terkejut ramai netizen komen, mereka kata nak beri hadiah juga kepada ibu bapa mereka. Ini semua soal rezeki. Makin banyak kita bagi kepada mak ayah, makin banyak Allah bagi rezeki kepada kita.
Tangkap layar video yang dikongsi di TikTok.
“Contoh masa saya awal-awal kahwin dulu, duit ngam-ngam saja. Tapi saya niatkan untuk bawa mak ayah ke Makkah jika cukup simpanan.
“Akhirnya saya bawa mereka berdua ke Makkah pada tahun 2018. Selepas itu, saya perasan rezeki makin mencur4h-cur4h. Sungguh tak terduga,” ujarnya yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2016.
Sumber : mstar