Kini Shuib Mahu Berehat Dari Dunia Seni

Kini bergelar bapa tunggal kepada empat cahaya mata, pelawak Shuib Sepahtu berkata dia mahu berehat seketika daripada dunia seni untuk memberi tumpuan kepada anak bongsunya, Ayash Affan.

Menurut Shuib, dia akan memegang dan menunaikan janji yang ditinggalkan isterinya itu sekali gus menjadi bapa dan ketua keluarga terbaik walaupun tanpa isteri di sisi.

“Saya berjanji akan didik anak-anak sebaik mungkin sampai mereka menjadi anak yang soleh dan solehah, Insya-Allah

Reda dengan pemergian bidadari syurganya itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berharap semua orang dapat mendoakan perjalanannya bersama anak-anak selepas ini dipermudahkan.

“Arwah sempat hadiahkan saya menerusi kehadiran Ayash Affan yang comel ini. Arwah bergelut untuk menyelamatkan anak kami. Ternyata, Allah lebih menyayanginya,”

Masih ingat lagi ibu selalu cakap benda yang sama berulang kali ‘Baby yang ke-4 ni you jaga dia tau, you jaga dia tau, you jaga ok.’

“InsyaAllah sayang, I akan jaga dia macam mana I jaga you sampai lah dia jadi anak yang soleh. Anak yang akan menjadi kebanggaan you dunia akhirat. Anak yang selalu dekat dengan Allah. Cuma I mohon you doakan I, perjalanan I masih jauh. Doakan I selalu kuat. I love you sayang”

Menurut Shuib, sejak Ayash pulang rutin hariannya kini berubah apatah lagi perlu menyesuaikan diri dengan tanggunghawab sebagai bapa tunggal

“Sekarang, semuanya berubah termasuklah jadual harian saya termasuklah selepas Ayash Affan pulang ke rumah dan dia memerlukan penjagaan rapi memandangkan masih dalam tempoh pram4tang

“Berehat yang saya maksudnya bukannya berhenti tetapi tidak terlibat dengan sebarang program buat sementara waktu,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib sempat berseloroh akui peIik apabila dirinya kini bergelar bapa tunggal. Ujarnya lagi, buat masa ini dia mahu memberi fokus kepada anak-anak terlebih dahulu.

“Pelik pula dengan gelaran tersebut tetapi inilah yang saya jalani. Penggantungan anak-anak sekarang sudah beralih 100 peratus kepada saya sejak ibu mereka meninggal dunia.

“Jadi, untuk laksanakan semua ini, ada baiknya saya fokus dulu dengan keadaan di rumah bagi memastikan kehidupan dan pelajaran anak-anak terjaga,” katanya.

Shuib kini menjaga empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash selepas pemergiaan isteri tercinta Allahyarham Siti Sarah pada 9 Ogos lalu.

Kredit: Rotikaya

Author: adminjv

Leave a Reply