Pernah tak anda alami angin dalam badan, rasa kurang selesa dengan perut rasa sebu atau pedih ulu h4ti? Memang tak selesa dibuatnya kan. Cuba amalkan petua mudah ini.
Assalamualaikum rakan MAHN. Saya cuma nak kongsikan 1 petua yang saya dapat dari seorang pakcik berbangs4 India. Petua yang saya dapat ini adalah petua untuk mengurangkan angin dalam badan dan mengurangkan pedih ulu hati.
Saya sekeluarga pernah dijangkiti w4bak yang melanda negara kita ni. Antara kesan dari w4bak tersebut, suami saya kerap merasa perut sebu dan tak selesa. Dari situ kami dapat petua untuk kurangkan angin dalam badan dan alhamdulillah berkesan dengan izin Allah.
Apa yang kami amalkan, kami akan letak sedikit serbuk kulit kayu manis ‘ceylon’ dalam minuman. Seeloknya pagi masa perut kosong, bancuh serbuk kulit kayu manis ceylon dengan air suam. Kacau dan terus minum.
Saya juga amalkan sarapan pagi segelas susu tepung, letak oat dan sedikit serbuk kulit kayu manis.
Alhamdulillah berat badan pun maintain aje. Apa yang saya kongsikan ini mungkin mengikut keserasian badan masing-masing ya. Kami cuma ikhtiar selepas pulih dari w4bak tu. Alhamdulillah, berkesan.
Sumber : keluarga.my