“Saya tau suara biashe biashe je” – Nana

KUALA LUMPUR – Pengacara yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia musim 1 (AF1), Nana Mahazan mengakui suaranya tidak sedap untuk meneruskan kemaraan dalam bidang nyanyian.

Kata Nana atau nama sebenarnya, Nurul Hana Che Mahazan, 36, dia terpaksa melupakan hasrat bergelar penyanyi kerana sedar diri.

“Saya faham, saya terima dan bergerak ke hadapan. Pun begitu, nyanyian akan tetap menjadi hobi saya,” katanya menerusi satu status di Instagram sambil berkongsi sedutan video tentang hal itu dalam rancangan The Sherry Show.

Tidak ramai yang tahu, saya suka menyanyi tapi tidaklah sedap mana pun.

https://www.instagram.com/p/B2yrOPNFk4q/?igshid=1h79c9c6pm6iw

 

 

Menurutnya lagu, dia seronok melibatkan diri dalam bidang pengacaraan buat masa sekarang.

“Saya seronok buat kerja saya sekarang. Bercakap walaupun tidak pernah menang apa-apa anugerah lagi, saya tetap bersyukur sebab saya masih lagi diterima.

“Saya selalu memberikan yang terbaik walaupun saya tahu tidak semua orang suka cara penyampaian saya. Tapi, saya mencuba,” kata Nana yang pernah muncul dengan single berjudul Katakan selepas tamat AF1

Sumber : IG nana

Author: adminjv

Leave a Reply