Menguatkan antibodi semasa musim wab4k ini adalah perkara penting untuk kita lakukan. Mana tidaknya, bukan semua dalam kalangan kita yang boleh terus kekal berada di rumah, ramai yang perlu keluar mencari rezeki dan terdedah kepada peny4kit. Selain mengambil ubat-ubatan klinikal, amalan makanan secara semulajadi juga boleh dititikberatkan. Salah satunya adalah dengan mengamalkan lemon madu. Jom kita cuba cara buat lemon madu homemade, senang je!
CARA BUAT LEMON MADU HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
-Lemon dalam 4 biji
-Gula batu 1 paket
-Periuk nasi (masak dalam rice cooker mudah)
CARA-CARA
1.Cuci lemon dengan garam.
2. Lepastu potong nipis-nipis. Susun dalam periuk
3.Tabur gula batu selapis-selapis, sampai habis lemon. Tekan cooking biar sampai dia naik warm sendiri.
4.Dah color tukar perang dan agak kering baru tutup. TANPA air ye kawan-kawan.
5.Dah sejuk boleh simpan dalam botol & peti ais. Bahagian biasa sahaja, nak minum ambil dalam 3-4 keping+cengkih sikit, letak air panas…rasa agak payau sikit tapi itu la ubat paling mujarab.
Sesuai untuk antibodi kita…3x seminggu dah cukup untuk minum ni….kita ikhtiar selebihnya Allah yang tentukan…maaf kalau salah apa yang saya share…saya ambik dari group tiktok…moga bermafaat untuk anda semua.
Sumber: SirapLimau