Cara Untuk Membuat Jus Nenas Yang Sangat Sedap Dan Menyegarkan. Pasti Tak Cukup Secawan!

Mesti jarang kan dengar air menas rebus. Selalu kita tahu air jus nenas yang diblander. Petang ni cheyah teringin nak minum air nenas style gini. Tambahan ada lebihan suku buah nenas baki buat laksa.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Bahiah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan:

  • 1/4 biji nenas dio potong dadu.
  • 1 cawan air.
  • 1/2 cawan gula.
  • 1 helai daun pandan.
  • Ais secukupnya.

Cara Penyediannya:

  1. Satukan semua bahan-bahan di dalam kuali. Panaskan dengan api yang sederhana.
  2. Biarkan ia mendidih dan gula larut. Kemudian, agak-agak ia dah sebati baru tutup api.
  3. Selepas iti, biarkan ia sejuk sekejap. Boleh ambil ais dan masukkam dalam gelas. Bancuh macam air biasa.
  4. Jika terasa manis tu tambah la air masak. Then boleh hidang minum petang dengan pisang goreng.

Selamat mencuba!

Sumber: RencahRasa

Author: admin

Leave a Reply