Saya bergurau je dengan Maryam Soolihah ni. Saya saja je tanya dia ” Boleh tak Abi nak bagi baby Aesha ni bawak kereta? Abi nak baby Aesha bawak kereta la. Boleh? ”
Tiba-tiba dia menangis tersedu sedu sambil cakap ” Jangan Abi. Nanti kereta pusing pusing. Taknak Abi ” Syahdu la pulak Maryam menangis macam tu sekali. Saya pelik la kan. Saya gurau je pun. Lagipun mana la logik nak bagi baby umur 5 bulan bawak kereta. Aduh!
Tiba-tiba isteri saya bagitahu saya satu benda yang membuatkan saya tersentak. ” Abang. Abang tu tak pernah ti pu Maryam ” Allah.
MAAFKAN ABI ANAKKU.
Rupanya anak saya percayakan saya. Walau benda tu nampak remeh dan kecil tapi anak kita ni sangat percayakan kita. Kalau kita tak pernah bo hong anak kita, kita suruh anak kita ter jun api pun dia akan ter jun. Sebab itulah AUTHORITY dan TRUSTABILITY kita sebagai mak ayah. Anak kita berpegang pada kata kata dan diri kita sepenuhnya.
Cuma kita je yang hakis benda ni perlahan lahan tanpa kita sedari. Tanpa sedar kita banyak bo hong anak. Niat untuk kebaikan anak kita juga tapi benda tu lah yang menghakis TRUST mereka pada kita.
Ni gambar Maryam Soolihah yang tertidur selepas menangis teresak-esak.
Bila benda ni dah terhakis sempurna, maka di situ lah bermulanya ben cana. Anak kita susah nak hormat kita, susah nak percaya cakap kita dan mereka akan mela wan dan bia dap akhirnya! Yup. Semuanya hanya bermula daripada kebo hongan yang kita nampak remeh. Kalau lembu dipegang pada tali, manusia pula dipegang pada KATA dan JANJI!
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page
Sumber : Dr Taufiq Razif