Jika dahulu biasa tidur hotel 5 bintang, kini jadi orang biasa demi dakwah. Itu realiti kehidupan bekas anggota kumpulan nasyid Raihan, Ustaz Nazrey Johani yang cukup dikenali ramai suatu ketika dulu.
Kelunakan suara baik ketika menyanyi mahupun mengalunkan ayat-ayat suci cukup mendamaikan hati.
Sehingga kini, nama beliau masih menjadi ingatan. Peminatnya bukan hanya dalam kalangan golongan dewasa, bahkan kanak-kanak juga turut mengenali mereka.
Saat namanya dan kumpulan Raihan tengah ‘meletµp’ dan meniti puncak populariti, personaliti disegani itu mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia seni dan menghabiskan masa untuk berdakwah. Apa cerita di sebaliknya yang ramai masih tidak tahu?
HANYA SATU PANGGILAN TELEFON.
Baru-baru ini, seorang individu yang dikenali sebagai Taufiq Razif memuat naik cerita tentang Ustaz Nazrey menerusi laman Faceb00k miliknya.
Ujar Taufiq, pertemuan mereka berlangsung di Sabah iaitu ketika menjalani satu misi kemanusiaan di sana.
Beliau juga sertakan sekeping gambar bersama bekas vokalis kumpulan Raihan.
Pada kesempatan itu, Taufiq bertanyakan terus kepada Ustaz Nazrey tentang sebab sebenar pengundµrannya daripada Raihan.
Seperti yang diceritakan oleh bekas selebriti itu, segala-galanya bermula selepas dirinya menerima satu panggilan daripada seorang guru yang berada di Sabah.
“Ustaz Nazrey beritahu yang dia dulu berhenti Raihan masa tengah top. Masa tengah top tu lah tiba-tiba Ustaz Nazrey dapat satu panggilan daripada pendakwah di Sabah yang juga guru agama Ustaz Nazrey.
“Bila nak datang Sabah? Sini ada dua, tiga orang saja solat jemaah, kalau awak datang sini sekurang-kurangnya bertambahlah juga bilangan jemaah,” kata Taufiq dalam entrinya.
Ternyata, kata-kata ringkas tersebut telah membuatkan Ustaz Nazrey terkesan dan mengambil masa beberapa hari untuk berfikir. Akhirnya, beliau bulatkan tekad untuk terbang ke Sabah.
KEPUTUSAN NEK4D.
Siapa sangka, dalam tempoh 10 hari di sana,’cinta’ Ustaz Nazrey mula bercambah dalam bidang tersebut. Lantas, beliau nekad berhenti menyanyi dan menumpukan perhatian sepenuhnya dalam kerja-kerja dakwah.
“Ustaz Nazrey beritahu saya, tak mudah nak buat keputusan itu. Bayangkan pada masa itu, beliau antara artis paling terkenal di Malaysia dengan jualan album dia sahaja lebih daripada 800,000 unit! Sampai sekarang pun tak ada mana-mana artis di Malaysia mampu pec4hkan rekod tersebut.
“Ustaz Nazrey kata ketika zaman popularitinya juga dia dah biasa tidur hotel lima bintang dan dihormati oleh ramai orang, tapi tiba-tiba saja bila datang ke Sabah kena jadi orang kampung biasa dan kena bersµsah payah buat kerja dakwah,” kongsi Taufiq.
Memang sebak membaca pengakuan anak kelahiran Sabah itu. Tambah Taufik, kisah Ustaz Nazrey menunjukkan kepada kita, bukan semua kehebatan dapat diukur melalui kejayaan atau pencapaian diri semata-mata.
“Begitulah kawan-kawan, kehebatan seseorang kadangkala bukan dilihat pada kejayaan dan pencapaian dirinya, tetapi juga dilihat pada seberapa banyak dan seberapa sanggup dia berk0rban.
“Ibu yang hebat ialah ibu yang paling banyak berk0rban. Ayah yang hebat ialah ayah yang paling banyak berk0rban. Begitu juga dengan insan yang lain.
“Mereka mungkin tak dapat pingat atau balasan di dunia, tetapi percayalah peng0rbanan mereka nanti akan sangat bernilai ketika di alam sana nanti,” katanya.
NFO KUMPULAN RAIHAN.
Raihan (digayakan sebagai RAIHAN) ialah sebuah kumpulan nasyid Malaysia yang membawa erti haruman dari syurga. Kumpulan ini ditubuhkan bersama Farihin Abdul Fatah pada tahun 1996. Anggota asal kumpulan ini ialah Azahari Ahmad (Allahy4rham: 1968-2001), Nazrey Johani, Abu Bakar Mohd Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim.
Kemunculan Raihan pada penghujung 90-an telah menggegarkan Malaysia dan bermulalah industri nasyid secara komersial. Lagu-lagu seperti Puji-Pujian, Iman Mutiara dan Syukur telah membawa Raihan ke mercu populariti dan mencatatkan rekod penjualan album tertinggi di Malaysia.
KEJAYAAN.
Susulan dengan itu, Raihan terkenal hingga ke seluruh pelusuk dunia dengan irama yang segar sehingga muzik mereka menjadi asas rujukan nasyid kontemporari dunia. Saban tahun, pasti Raihan menjelajah ke merata dunia seperti Eropah, Timur Tengah, China, Indonesia dan Australia.
Tidak hairanlah dalam album Syukur pada 1998, pendakwah terkenal Yusuf Islam (dahulunya Cat Stevens) berduet untuk lagu Rakan Selawat: The Seal of The Prophet dan God Is The Light.
Selepas kelahiran album Syukur, Amran Ibrahim telah mengundurkan diri buat sementara waktu kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan. Album Senyum menyusul pada 1999 dan hanya membariskan empat ahli Raihan. Album ini mengadunkan elemen asal nasyid bersama muzik Nusantara seperti gamelan, rhythm gendang dan angklung menjadikan muzik Raihan lebih diyakini melalui eksplorasi penerbit Farihin Abdul Fatah.
Tidak hairanlah, kesemua album Raihan telah mengg0ndol Anugerah Industri Muzik. Kesinambungan ini diteruskan untuk album sempena Ramadan dan Syawal pada 1999, maka lahirlah album istimewa Maafkan diterajui Raihan di samping NowSeeHeart, Man Bai, Ajai, Rem dan Amir.
Filem dakwah Syukur 21 pada tahun 2000 lakonan Raihan menjadi titik tolak kehangatan medium nasyid kontemporari untuk terus berkembang menjadi satu industri yang bertapak kukuh.
Berlatar belakangkan tahun 2021, Raihan mempunyai sebuah pusat sains Raudah memasyhurkan budaya Islamisasi sains yang berteknologi tinggi. Lagu keinsafan berjudul I’tiraf duet bersama Yasin diangkat menjadi tema filem ini.
Dalam seminggu sebelum album Demi Masa dilancarkan, peristiwa yang amat sedih berlaku pada 29 September 2001, Azahari Ahmad telah meningg4l dunia pada hari kelahirannya. Raihan bagaikan kehilangan peneraju semangat utama. Tinggallah Raihan dengan tiga ahli – Che Amran Idris yang menggalas sebagai ketua, Nazrey Johani dan Abu Bakar Mohd Yatim.
Pada 2002, sebagai langkah untuk memantapkan kembali ahli Raihan untuk album seterusnya Gema Alam, Amran Ibrahim kembali ke pangkuan Raihan untuk meneruskan perjuangan bekas peneraju utama yakni Allayarham Azahari Ahmad. Album Allahu (2004), Raihan mencetuskan kolaborasi hangat apabila bergabung dengan Awie (Wings) untuk lagu Dari Tuhan, S. Jibeng – Takwa & Iman dan Muhammad Al-Husayyan (penyanyi nasyid popular Timur Tengah) untuk lagu ‘Araftuka.
Setelah 10 tahun berkecimpung di dalam pahit dan manis di dalam industri nasyid, lahirlah album Koleksi 10 Tahun membariskan lagu-lagu daripada filem animasi Muhammad Utusan Terakhir dan lagu-lagu malar segar Raihan beserta 2 lagu bonus rakaman terbaru Bacalah dan Assalamu’alaikum. Raihan terus berkelana ke merata selusuk dunia, mereka bersetuju merakam lagu hip hop bersama kumpulan rap Islam bernama Mecca2Medina di dalam album Ameen yang diterbitkan pada tahun 2005.
Sudah menjadi diari tahunan mereka, Raihan terus berkelana di seluruh dunia untuk membawa mesej keharmonian dan dakwah Islam. Album Tawakkal (2006) menjadi titik peralihan vokalis utama – Nazrey Johani telah meningg4lkan kumpulan Raihan untuk bergerak di dalam bidang dakwah di negeri kelahirannya Sabah, bermotivasi dan bernasyid secara bersendirian. Penggantinya, Nordin Jaafar, bekas ahli kumpulan AlarmMe menyumbangkan suara solonya yang lunak untuk separuh daripada album ini. Belum pun sampai setahun, Nordin Jaafar mengumumkan pengundurannya daripada Raihan.
Walau bagaimanapun, Raihan tetap harum dan terus merentasi sempadan benua sehinggakan sudah dua kali mereka muncul dewan bersejarah yang berprestij di dunia yakni Royal Albert Hall, England tanpa Nazrey Johani mahupun Nordin Jaafar. Di dewan terkenal inilah, keempat-empat anak muda beserta seorang ahli barunya Zulfadli Mustafa melancarkan sebuah album pertama mereka selepas meninggalkan Warner Music (M) Sdn. Bhd. berjudul Selawat: Praises For The Prophet pada 2008 yang berkonsepkan Selawatheraphy dengan alunan suara harmoni menusuk jiwa rangkaian selawat-selawat popular seluruh dunia tanpa apa jua alatan muzik.