Kajian mendapati, Kurang Kawan Hidup Lebih Ceria, Mewah dan Selesa. Betul ke?

KAWAN, setiap orang sudah semestinya mempunyai kawan, bezanya cuma bilangan.

Jika anda perhatikan, berapa ramaikah kawan yang anda miliki. Kawan di pejabat, kawan di sekolah, di kawasan perumahan atau pun di media sosial. Sudah semestinya ramai kan?

Mempunyai ramai kawan adalah bagus menurut segelintir orang. Ramai kawan ni meriah kerana hidup kita tidak terasa kosong malah gembira dan masa anda sentiasa terisi dengan aktiviti. Tapi anda mungkin silap!!

Mempunyai ramai kawan, akan membuatkan anda rasa tidak bahagia. Hairan? Betul ke?

Terdapat kajian mendapati, mempunyai kawan yang ramai memberikan kesan buruk kepada kesihatan dan kebahagiaan anda. Ini kerana setiap seorang daripada kawan anda mempunyai karakter dan hati yang berbeza-beza. Bayangkan jika anda terpaksa menjaga hati ramai kawan anda dan anda mahu memastikan kawan anda sentiasa bersama dalam apa jua aktiviti yang dilakukan, ini secara tidak langsung akan membuatkan anda mengabaikan diri sendiri akibat daripada lebih mementingkan populariti. Sekaligus anda akan menjadi tidak gembira, tidak sihat dan tertekan.

Lebih kurang kawan, buatkan anda lebih ceria, bahagia & hidup lebih mewah

Kurang kawan? Anda tidak perlu sedih kerana anda tidak perlu sentiasa fikir tentang diri mereka dan tidak perlu takut jika kehilangan mereka. Kawan sebenar akan sentiasa ada ketika senang atau susah.

Percaya atau tidak jika kami katakan, mempunyai kurang kawan akan membuatkan anda lebih kaya? Ini adalah kerana jika setiap kali anda keluar bersama kawan, anda mungkin akan mengeluarkan belanja jadi berapa banyakkah agaknya kos yang anda belanjakan? Daripada berbelanja bersama kawan setiap hari, bukankah lebih elok andainya anda menyimpan. Pejam celik & Tanpa sedar, boleh jadi kaya kerana simpanan anda semakin bertambah.

Sifat -sifat kawan yang anda perlu jauhi

1. Kerap mencari silap kawan sendiri

Kawan ‘palsu’ selalunya akan mencari kesilapan dan cuba untuk bersaing dengan anda dalam semua perkara. Kenapa ini terjadi? Sudah semestinya dia merasakan dirinya sentiasa betul dan tepat dari segi perbuatan, percakapan, penampilan dan sebagainya.

2. Ego

Kawan palsu akan sentiasa mempunyai ego yang tinggi dan dia tidak akan sekali-kali mengalah dimana walaupun dia menyedari akan kesilapannya, dia tidak akan mengaku kesilapan sendiri serta meminta maaf. Malah akan mempertahankan pendiriannya walaupun silap.

3. Iri hati

Seorang yang tidak boleh tengok anda lebih daripadanya dan berperasaan dengki sama ada dari segi harta benda dan sebagainya. Dia akan berusaha untuk nampak ‘lebih’ daripada anda contohnya bila anda memakai cincin permata yang baharu, dia akan merasa tidak senang dan tidak selesa. Mungkin kerana tumpuan kawan-kawan lain akan lebih kepada anda maka beberapa hari kemudian dia juga akan membeli cincin permata yang lebih menarik dan mahal berbanding anda.

4. Suka menunjuk kelebihan sendiri

Kawan seperti ini gemar mempamer dan menunjuk-nunjuk benda atau apa-apa dimilikinya semata-mata untuk mendapatkan perhatian anda. Lantas sanggup berbohong untuk menyenangkan hati sekaligus nampak seperti tidak menghiraukan perasaan anda dan kawan-kawan yang lain.

5. Sentiasa tiada bersama atau menghilangkan diri saat anda dalam kesusahan

Kawan yang mempunyai sifat ini seboleh-bolehnya akan memberikan pelbagai alasan dan mengelakkan diri daripada membantu anda. Jika sekali dua mungkin boleh diterima tetapi dia sentiasa menunjukkan sifat yang sama setiap kali kita memerlukan bantuan, sebaiknya anda abaikan sahaja sahabat demikian.

6. Berbohong

Berbohong semata-mata untuk menutup kekurangan diri juga adalah sifat kawan yang anda perlu jauhi. Ini menampakkan yang dia sebolehnya tidak mahu nampak rendah dari anda dan mengaku kalah. Bila berborak dia seakan mempunyai segala-galanya lengkap dan sempurna contohnya dari segi harta benda, kekayaan, kecantikan, kelebihan dalam pelajaran dan sebagainya.

7. Pengkhianat

Sifat ini adalah yang paling bahaya kerana selalunya mereka yang termasuk dalam ciri ini adalah jenis bermuka-muka. Jika boleh, tolong elakkan diri daripada berkongsi segala masalah peribadi kepadanya kerana kawan jenis ini akan menceritakan keburukan anda kepada orang lain begitu juga sebaliknya. Dia bukan seorang yang jujur dan tidak sesekali boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia sesiapapun kecuali rahsia dirinya. Sila Hati-hati!

Kesimpulannya, jangan terlalu percaya kepada kawan anda yang mempunyai sifat-sifat dan keperibadian seperti diatas. Nanti anda sendiri yang sakit hati dan
tertekan!

Author: admin

Leave a Reply