Siapa sahaja yang tidak suka dengan keluarga selebriti ini, Nur Fazura dan Fattah Amin yang kini semakin bahagia selepas dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama, Nur Fatima Aisya.
Genap berusia satu tahun, Nur Fatima Aisya tidak henti-henti menjadi perhatian peminat ibunya mahupun Fattah Amin yang mana kecomelannya sering mengundang ramai ‘geram’.
Walau bagaimanapun, seperti yang ramai ketahui Fazura kini bukan sahaja bergelar selebriti popular malah kini semakin mengorak langkah sebagai seorang usahawan dan antara produk miliknya yang kini hangat diperkatakan adalah tudung Fazura.
Sejak selebriti ini melancarkan tudung Fazura dengan berharga serendah RM27 sahaja sehelai mengundang peminat semakin memujinya yang menjual dengan harga yang berpatutan malah kualitinya juga tidak mengecewakan peminat.
Terbaharu, Fazura melancarkan koleksi Fatima dimana dapat dilihat beberapa keping foto Fatima mengayakan tudung bercorak ini lalu tidak semena-mena ramai menghujani dengan komen ‘comel’ kepadanya.
View this post on Instagram
Koleksi Fatima yang dikongsikan Fazura menerusi ruangan Instagram miliknya itu membuatkan ramai teruja untuk mendapatkannya dan dalam pada masa yang sama menerusi ruang komen Fazura menerima ribuan reaksi positif daripada peminatnya dengan koleksi terbaru tersebut.
“Cuteee nya Fatima koleksi”
“Comel nya ibu dan anak ni”
“Kiut nye”
Sumber : Himpunan Cerita Lawak