Masukkan Benda Ini Ke Dalam Bantal Sebelum Tidur, Boleh Atasi Masalah Sakit Kepala

Ramai yang sering berhadapan dengan masalah kesihatan seperti sakit kepala, sakit bahu, mual-mual dan beberapa masalah lain. Pelbagai cara dilakukan, bermacam ubat telah dimakan tetapi sakit itu seolah-olah sukar untuk dihilangkan. Ubat yang dimakan pula hanya mampu menghilangkan sakit seketika sebelum kita ‘diserang’ semula dengan kesakitan-kesakitan seperti ini.

Masalah ini pasti membuatkan ramai yang tidak selesa terutama kepada golongan tua. Jadi, kini sudah tiba masanya untuk menghilangkan segala kesakitan yang dialami dengan cara yang cukup efektif. Bagaimana?

Masukkan kira-kira 1kg kacang soya ke dalam bantal. Kacang digunakan supaya dapat membantu melancarkan peredaran da rah ke otak serta dapat mengelakkan daripada berlakunya str0k.

Kacang-kacang tersebut juga dapat mengurut leher dan kepala. Kesannya, gangguan sendi dapat diubati, kesakitan pada otot leher dapat dikurangkan serta sakit kepala dapat diringankan. Pengaliran darah yang lancar bahkan dapat membuatkan kita tidur dengan lebih selesa.

Ramai yang telah melakukan kaedah ini dan berjaya membuahkan hasil. Seorang tua berumur 74 dikatakan telah berkali-kali berjumpa dengan doktor dan makan bermacam ubat tetapi masih mengalami sakit-sakit badan. Dia kemudian menggunakan bantal berisi kacang selama sebulan dan hasilnya, sakit lehernya hilang sepenuhnya.

Berikut adalah cara untuk membuat bantal berisi kacang tersebut:

Sediakan 1-2 kg kacang soya kering. Pastikan kacang benar-benar kering, jika tidak jemur dahulu kacang di bawah matahari selama 1-2 jam. Perkara ini penting supaya kacang terhindar daripada serangga serta tidak rosak atau busuk.

Sediakan sepotong kain kemudian lipat menjadi seperti uncang dengan berukuran lebih kurang 50 cm Panjang dan 20 cm lebar.

Ikat bahagian hujung dengan menggunakan tali. Kemudian masukkan kacang soya ke dalamnya. Tinggalkan sedikit ruang supaya kacang dapat bergerak-gerak.

Kemudian, ikat bahagian hujung dengan kuat dan bantal kacang sudah sedia untuk digunakan. Bantal ini bukan sahaja boleh digunakan ketika tidur tetapi juga boleh digunakan ketika anda sedang bersantai atau menonton TV.

Untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat anda boleh letakkan bantal di bawah leher. Anda akan dapat menikmati seperti leher anda sedang diurut-urut. Hal ini dapat menenangkan otot-otot leher membuatkan peredaran da rah ke otak berlaku dengan lancar.

Sumber: Ivy

Author: admin

Leave a Reply