“Masyaallah Bijaknya Dia…” – Hairul Azreen Kongsi Gelagat Alisa Aisyah Baca Alif Ba Ta, Ramai Tak Tahan Tengok Alisa!

Tidak dinafikan, cara Hanis Zalikha di dalam mendidik anaknya sering menjadi perhatian ramai. Dari persiapan bakal ibu sehinggalah kepada cara layanan terhadap si kecil, bintang yang kini mempunyai dua orang cahaya mata ini sering dipuji.

Meninjau akaun Instagram Hairul Azreen, telah dikongsikan satu video yang memaparkan telatah anak perempuannya, Alisa Aisyah yang manis ketika abangnya, Yusuf Iskandar sedang belajar mengaji. Kelihatan di dalam video ini, bahan bacaan Iqra berada di hadapan Yusuf.

Alisa sememangnya suka mencelah ketika Yusuf belajar. Seringkali gelagatnya ini ditunjukkan sebelum ini samada oleh Hairul mahupun Hanis Zalikha. Hairul yang membaca Alif Baa Taa dengan cara berlagu dengan cepat disambung oleh Alisa.

Bacaan Alisa kedengaran lancar pada awalnya namun sedikit tersek4t-sek4t apabila hampir sampai ke akh1r huruf. Untuk kanak-kanak yang baru berusia 2 tahun seperti Alisa, ini sudah bagus dan Alisa menunjukkan semangat untuk belajar.

Belumpun setengah jam sejak ianya dimuatnaik, perkongsian oleh Hairul ini telahpun ditonton lebih 46 ribu tontonan. Peminat juga memuji kepetahan Alisa mengaji. Dalam terg0yang-g0yang pun mulut tetap ikut mengaji ye Alisa.

Video dibawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Meski kecenderungan kanak-kanak lelaki itu terhadap Jawi bukanlah secara drastik, namun secara perlahan-lahan ibunya cuba mendampingi.

Sebelum ini Hairul ada juga berkongsi telatah Alisa Aisyah:

“Siapa budak busuk angkat tangan..”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Dahulu nya, Alisa Aisyah pernah tular dalam media sosial kerana memiliki pengikut Instagram yang ramai dalam masa 3 bulan sahaja.

Lihat juga apa kata orang ramai:

“Anak Yang Pintar”

“Bijaknya alisa ni cute”

“Sopan santun alisa..”

“Clever girl”

Alhamdulillah, kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dari umur masih kecil di ajar, tentu cepat Alisa menguasai bacaan Alquran yang betul. Apa pun, semoga Alisa dan Yusuf menjadi anak yang soleh dan solehah.

Hairul Azreen dan juga Hanis Zalikha mengikat tali perkahwinan pada Jun 2015 dan kini dikurniakan dua cahaya mata.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Kredit: IG HairulAzreen

Author: adminjv

Leave a Reply