Masalah tekanan darah rendah boleh berlaku pada sesiapa. Menurut orang yang menghidapi low blood ini, ia lebih menyiksakan daripada tekanan darah tinggi. Bacaan tekanan darah lebih rendah dari 90/60 mmHg. Puncanya juga ada banyak faktor.
Antaranya
- Kehamilan
- Masalah jantung
- Masalah hormon
- Kurang darah
- Kurang air
- Jangkitan teruk
- Alahan teruk
- Tidak cukup nutrient
- Kurang garam
- Ubat ubatan
- Akibat perubahan postur duduk ke berdiri
- Selepas makan
Selain itu, blood presure yang terlalu rendah menyebabkan bekalan oksigen ke organ berkurangan dan akibatkan komplikasi kepada jantung dan otak.
Sekiranya anda sering alami gejala pening dan pitam , dapatkan pemeriksaan dan rawatan kerana ada risiko kecederaan akibat terjatuh. Malah, mata kabur ketika anda tukar posisi badan serta tidak dapat fokus juga menjadi gejala yang ketara.
Cara-cara pencegahan tekanan darah rendah:
- Minum air
- Berdiri dengan perlahan
- Elakkan silang kaki semasa duduk
- Elakkan berdiri terlalu lama
- Perngambilan garam optimum
- Kurangkan pengambilan karbohidrat
Sumber: Public Health Malaysia