SEMAKIN ramai yang memiliki mesin alat senaman berjalan kaki atau berlari, treadmill, untuk aktiviti bersenam di rumah.
Menerusi satu video yang meraih lebih 1.6 juta tontonan di aplikasi TikTok, seorang kanak-kanak lelaki yang hanya memakai lampin berada di atas alat senaman itu dan tertekan suis, menyebabkan ia dihidupkan serta-merta.
View this post on Instagram
Situasi cem4s bertukar lucu apabila kanak-kanak yang mula berjalan laju di atas treadmill meraung terkejvt sebelum disambut bapanya yang duduk berdekatan.
Mengimbas kembali insiden itu, ibu kepada kanak-kanak berkenaan, Nurulhidayah Mohd Noor berkata, ia berlaku di rumahnya di Meru, Klang, Selangor yang menempatkan peralatan gim dan ruang solat, Selasa lalu.
Wanita berusia 26 tahun itu memberitahu, suaminya yang merupakan ‘kaki gim’ mengambil keputusan untuk bersenam di rumah pada malam berkenaan.
“Treadmill itu kami baru beli tiga bulan lepas untuk kemudahan saya dan suami bersenam di rumah. Ada juga peralatan lain seperti dumbbell dan barbell.
“Ketika kej4dian, suami bercadang nak buat kardio saja di rumah. Dia buat warm up (pemanas badan) dulu sebelum nak berlari atas treadmill,” katanya kepada mStar.
Dayah (kiri) dan suami sering bersenam bersama.
Mengulas lanjut, anak lelakinya yang berusia hampir tiga tahun, Nuradhwa Islam Nurazmi turut berada bersama suaminya di ruang berkenaan.
Lebih mesra disapa Dayah, dia tampil menjelaskan bahawa sebelum kej4dian, treadmill tersebut dalam mod dilipat dan hanya dibuka untuk digunakan.
“Kami pilih treadmill yang boleh dilipat untuk menjimatkan ruang. Bila dah buka lipatan treadmill tu, suami duduk sekejap untuk pakai kasut.
“Masa itulah anak kami yang sangat l4sak ni pergi naik atas treadmill dan tekan butang on sebelum tertekan butang mod kelajuan 10,” ujarnya yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan.
Anak Dayah (kanan) sering melihatnya dan suami bersenam di rumah.
Menurut suri rumah itu, anak lelakinya mengetahui kedudukan butang untuk menghidupkan alat senaman itu kemungkinan kerana sering melihat dia dan suami bersenam di rumah.
“Biasalah kanak-kanak, mereka akan tengok apa yang orang dewasa buat dan cepat belajar atau tiru. Tapi saya tak sangka pula anak boleh tertekan butang untuk mod kelajuan tu.
Anak kecil memang l4sak, dan kita sebagai ibu bapa kena didik dengan memberi peng4jaran. Pada masa sama kena pantau pergerakan anak
NURULHIDAYAH MOHD NOOR
“Suami saya yang duduk depan treadmill terus datang dekat anak. Dia boleh je nak angkat terus anak, tapi dia bagi anak rasa dulu apa kesannya supaya dijadikan pengajaran.
“Kalaulah anak terj4tuh, suami dari awal dah standby tangan dia untuk sambut. Lagipun dia tak biarkan anak seorang lama-lama, dia sambut sejurus selepas tu,” tambahnya.
Dayah (kiri) bersama suami dan anak lelaki.
Dayah yang merupakan peniaga dalam talian dan suami sentiasa prihatin terhadap persekitaran anaknya di samping memberi didikan mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
“Anak kecil memang l4sak, dan kita sebagai ibu bapa kena didik dengan memberi peng4jaran. Pada masa sama kena p4ntau pergerakan anak,” katanya.
Anak Dayah kini serik untuk menaiki treadmill susulan kejadian itu.
Walau bagaimanapun, Dayah tidak menyangka anaknya yang meminati animasi Didi and Friends dan Upin dan Ipin begitu berani untuk menaiki treadmill.
“Sebelum ni ayah dia pernah bawa naik atas treadmill. Tapi dia t4kut-t4kut sampai men4ngis walaupun ayah dia pegang.
“Tapi tak sangka dia berani naik seorang dan pegang kuat pemegang treadmill sekuat itu… lepas insiden tu terus f0bia datang dekat, duduk diam-diam,” katanya.
Sumber : mstar