Petua Mudah Tapi Berkesan Untuk Halau Lipas Di Rumah

Kajian menunjukkan bahawa di dalam perut lipas terdapat cacing halus dan lembut. Jadi jika anda memukul atau menghalau lipas menggunakan surat khabar ataupun penyapu, kemungkinan cacing dalam terdapat di dalam perut lipas itu akan terkeluar dan merayap mencari tempat yang baru. Cacing halus ini sukar dilihat dengan mata kasar kerana saiznya yang kecil tetapi ia boleh memasuki tubuh kita melalui pori-pori kaki ataupun jika kaki kita luka. Sangat bahaya!

Untuk menghalau lipas tanpa racun bukannya mudah. Tetapi Jangan risau, kami ada petua berguna untuk korang halau lipas dengan berkesan. Cuba dan lihat hasilnya okay!

1) Ambil sebuku sabun mandi dan potong dadu. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini pada setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja selama beberapa hari dan lihat hasilnya.

2) Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari selepas terkena lemon itu. Selepas beberapa hari, apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.

3) Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang terdapat banyak lipas. Kemudian secara perlahan-lahan lipas akan mati.

4) Seterusnya, Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.

5) Jika terlalu banyak lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek, kemudian campurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti bergedel dan letak di tempat banyak lipas.

6) Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang dan jangan lupa untuk tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.

Perlu Tahu!

Banyak kes keracunan makanan disebabkan oleh kuman yang dibawa oleh lipas. Hasilnya, ramai yang mendapat cirit-birit, hepatitis, disenteri, penyakit taun, kudis malah pembengkakan pada mata.

Apakah yang dilakukan oleh lipas pada makanan kita sehingga tercemar dengan banyak bakteria yang boleh membawa penyakit?

Sebenarnya lipas mempunyai satu tabiat yang buruk semasa makan. Lipas yang sedang makan akan melakukan ‘regurgitasi’ iaitu memuntahkan balik apa yang dimakan di tempat ia sedang menikmati makanan. Maka, semasa mereka makan, lipas meninggalkan bakteria-bakteria yang berbahaya berserta dengan najis-najisnya sekali yang dilumuri pelbagai jenis kuman lagi.

Di Malaysia sahaja terdapat sehingga 4000 spesies lipas yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza tapi tidak ketara.Lipas membiak dengan banyak di dalam telurnya antara 6-16 ekor dalam setiap sebiji telur. Apabila matang, telur akan menetas dan mengeluarkan banyak anak-anak lipas. Biasanya, lipas akan menyimpan telurnya dan melekatkannya pada perabot, pakaian, dalam almari dan tempat-tempat yang kurang terusik sehinggalah telur tersebut menetas.

Sumber: Impiana.my

Author: admin

Leave a Reply