Semalam tular foto apabila Khairy Jamaluddin atau KJ berpenampilan kasual tanpa kehadiran ramai pengiring telah ‘menerjah’ Hospital Kajang pada hari Sabtu bagi melihat keadaan sebenar di hospital tersebut.
Gaya bersahaja Menteri Kesihatan Malaysia itu membuatkan ramai kagum kerana sikapnya yang rendah diri dan dilihat ‘sempoi’ ketika membuat lawatan.
Beliau yang tiba jam 1.30 tengah hari bertemu dengan doktor, jururawat dan petugas kesihatan untuk mendapat gambaran sebenar keadaan di hospital terbabit.
Maklumat dan gambar tinjauan mengejut itu dimuat naik seorang pengguna Facebook, Nik Aminudin NSS yang memuji Khairy kerana datang secara diam-diam pada hari Sabtu bersama seorang pegawai saja.
Aminudin dalam statusnya mend4kwa, pada hujung minggu kebiasaannya pengurusan tertinggi tiada di hospital dan dengan kaedah tinjauan mengejut, barulah Menteri Kesihatan dapat tahu keadaan sebenar di hospital berkenaan.
Ramai memuji tindakan KJ tersebut antaranya, pelakon Datuk Fizz Fairuz yang menghormati dan memandang mulia usaha KJ untuk memastikan sistem kesihatan Malaysia berjalan dengan baik.
“Saya respect @khairykj sebagai menteri.. kalau boleh saya nak berkerjasama dengan menteri macam ni..
“Tujuan hanya satu, menbantu memulihkan kerjaaan.. tanpa menghiraukan pangkat dan darjat.. syabas YB!” katanya.
Fizz berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
KENYATAAN PENUH FIZZ FAIRUZ
“Saya respek @khairykj sebagai menteri.. klu blh saya nk berkerjasama ngan menteri mcm ni.. tujuan hanya 1, menbantu memulihkan kerjaaan.. tanpa hiraukan pangkat dan darjat.. syabas yb” – Fizz Fairuz
Foto KJ membuat lawatan mengejut itu mula tular selepas Ketua Program Akademi Pilihan Raya (APR), Nik Aminudin nns memuat naik gambar kehadiran KJ di hospital itu di akaun Facebook miliknya.
Menurutnya, KJ bersama seorang pegawai dalam diam membuat lawatan tersebut tanpa diketahui oleh orang atasan hospital tersebut.
KJ dilihat berkomunikasi dengan ramai frontliners di situ dan melawat beberapa kawasan di hospital.
KOMEN NETIZEN:
“Walaupon ade org pertikaikan kelayakan dia. tp Saya respek dgn dia. Jiwa belia. Jiwa rakyat”
“Saya suka kj..sempoi .. Letak lah kj kat mana2 tempat.. Dia mmg buat kerja betul2..”
Kredit: beritaharian