Selamat datang ke laman Lakar Media. Lakar Media akan berkongsi pelbagai kisah tauladan, motivasi, islamik serta berkaitan teknologi yang mana akan memberi pengetahuan serta kesan mendalam buat para pembaca. Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan buat anda.
Ikan salmon amat terkenal dengan harganya yang agak mahal berbanding ikan-ikan yang lain. Ia disebabkan oleh permintaan yang tinggi kerana ia mengandungi kadar asid lemak omega-3 yang tinggi.
Sebenarnya, tidak perlu salmon jika anda mahu mencari Omega-3. Terdapat spesis ikan tempatan dengan kandungan Omega-3 yang lebih tinggi daripada salmon. Jumlah nilai gizi pemakanan juga tidak kurang hebatnya.
Ikan yang dimaksudkan itu adalah ikan kembung. Ikan kembung sebenarnya kaya dengan protein, mineral, vitamin, dan asid lemak yang sihat. Ikan kembung juga mempunyai omega-3 yang tinggi lebih dari ikan salmon yang berada dipasaran.
Omega 3 membantu perkembangan otak dan mata pada bayi. Kandungan ini juga membantu pertumbuhan otak dan perkembangan mata apabila janin masih dalam rahim. Hati bayi sentiasa sihat dan tekanan darah tetap normal.
Ikan tempatan mempunyai nilai gizi pemakanan yang tinggi yang tidak disedari ramai. Tiada sebab untuk anda tidak mahu makan ikan yang ditangkap secara tempatan. Kandungan gizi pemakanan tidak lebih rendah daripada makanan yang diimport.
Ikan kembung juga memiliki kandungan lemak yang sebahagian besar merupakan asam lemak tak jenuh yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan serta dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Hal ini menjadikannya mudah di cerna dalam tubuh dan langsung digunakan oleh jaringan dalam tubuh.
Antara beberapa khasiat ikan kembung yang anda wajib tahu ialah
Mengawal tekanan darah
Tingginya kandungan kalium yang terkandung dalam ikan ini membantu menjaga tekanan darah normal, selain itu juga mampu menurunkan risiko komplikasi kesihatan yang berhubungan dengan kondisi kekurangan kalium dalam tubuh.
Mengurangkan gejala rheumatoid arthritis
Ia bersifat anti-inflamasi yang dapat membantu dalam menurunkan kesakitan sendi otot. Kekakuan otot ini sering terjadi pada orang yang menderita rheumatoid arthritis.
Mencegah Penya-kit Jantung
Salah satu cara yang paling efektif untuk mencegah risiko penyakit jantung adalah dengan memerlukan makanan yang banyak mengandung manfaat omega 3.
Ikan kembung tidak hanya kaya dengan lemak tetapi juga memiliki kandungan yang rendah lemak. Oleh kerana itu makan ikan ini dapat membantu menurunkan risiko komplikasi jantung seperti strok, aterosklerosis, serangan jantung dan aritmia.
Menurunkan risiko dia-betes (kencing manis)
Manfaat ikan kembung mengandung lemak sihat seperti lemak yang memainkan peranan untuk pencegahan serta mengawal kadar gula darah pada penderita penyakit dia-betes.
Meningkatkan fungsi kognitif
Sebuah kajian menunjukkan bahawa orang yang memerlukan lemak omega-3 berada pada risiko yang lebih rendah untuk terkena tekanan perasaan(despression).
Kami amat mengalu alukan maklum balas dari anda sekiranya terdapat mana-mana pendapat yang boleh dikongsikan bersama. Semoga lakar media mampu berkongsi lebih banyak info yang berguna buat para pembaca. Sekian terima kasih.
Kredit; apcerita.press