Bagi manusia yang meletakkan hawa naf su dan kemahuan diri sebagai keutamaan, apa saja sanggup dilakukan walaupun bertentangan dengan agama dan syarak. Siapa sangka, masih ada yang memilih ilmu hitam untuk mendapatkan apa yang dihajati.
Pengamal perubatan alternatif, Ustaz Din mendedahkan azab yang terpaksa dihadapi pesa kitnya apabila terkena buatan minyak pengasih.
Berpunca anak patung
Menurut satu status di pa ge Fa ce bo oknya, Ustaz Din menceritakan pengalamannya merawat pesa kit yang terkena gangguan sehingga pihaknya perlu memba kar anak patung kerana terdapat sapuan minyak pada patung itu.
Rawatan semalam. Bila pesa kit dirukyah (bacaan ayat al-Quran untuk memohon bantuan perlindungan)… anak patung terpaksa diba kar kerana terdapat gangguan… sapuan minyak pada patung tersebut yang menyebabkan pesa kit akan sa kit berterusan selagi tak dibuang atau diba kar. Allahu Rabbi (Ya Allah Ya Tuhanku).
Menurut Ustaz Din kepada Mstar, pesa kit dirawatnya itu merupakan seorang jan da berusia dalam lingkungan 20-an. Pesa kit mengalami sa kit mis teri sejak 4 bulan lalu sebelum mengambil keputusan bertemu perawat itu.
Kami diberitahu yang pesa kit telah terkena gangguan mis teri sejak kira-kira empat bulan lalu, menyebabkan dia sa kit-sa kit badan, sa kit kepala dan asyik termenung.
Jadi, kami pun melakukan ‘rukyah’ bagi mengenal pasti sama ada dia terkena gangguan atau tidak. Ya, dia terkena sihir, alami gangguan jin, dan puncanya daripada sebuah anak patung.
Minyak pengasih disapu pada patung
Menurut pesa kit, dia menerima patung teddy bear merah jambu itu daripada be kas kekasih sebagai hadiah hari lahir. Dakwa Ustaz Din, patung itu sudah disapu dengan minyak pengasih iaitu amalan syirik bagi menundukkan pasa ngan dengan bantuan jin.
Saya melakukan rawatan antaranya ‘berdialog dengan jin’ yang menemukan kami dengan punca sebenar pesa kit ini mendapat gangguan.
Minyak pengasih itu disapu pada bahagian tangan anak patung beruang. Sebab itu, pesa kit asyik termenung dan teringatkan be kas kekasih.
Pesa kit itu sebelum ini ada mendapatkan rawatan dan pulih namun kembali mengalami gangguan. Menurut Ustaz Din, berkemungkinan anak patung yang bertindak sebagai perantara menyebabkan gangguan kembali berlaku. Untuk itu dia membuat keputusan membakar patung tersebut.
Tapi sepanjang anak patung itu ada di rumahnya, dia diganggu macam-macam. Tapi pesa kit tak tahu ‘benda’ tu menumpang pada anak patung.
Jadi, dengan bantuan Allah SWT, kami berusaha membantu merawat pesa kit ini. Menerusi sesi rawatan kedua, kami melakukan ruqyah di samping memba kar anak patung itu yang menjadi ‘rumahnya’ selama ini.
Alhamdulillah, pesa kit itu dapat disembuhkan, tiada lagi gangguan. Dia telah melakukan rawatan susulan selepas itu.
Sumber: Mstar, Perawatan Ustaz Dinvia ohbulan