Siapa sahaja yang tidak mengenali figura dengan suara cukup merdu bernama Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini. Namanya sahaja cukup gah dalam industri hiburan sehinggakan ada yang mengelarkannya penyanyi nombor satu tanah air.
Bukan itu sahaja, namanya juga cukup terkenal di negara jiran seperti Indonesia. Berilah apa juga lagu, semua boleh dinyanyikan dengan baik. Malah baru-baru ini Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti memuat naik rakaman live di Instagram miliknya.
Dalam rakaman itu Siti Nurhaliza belanja suara santai-santai ketika live di media sosial tersebut. Dalam rakaman tersebut turut kelihatan Shiha Zikir menemani Tok Ti. Suara Tok Ti memang padulah! Biarpun sedang bersolek ketika siaran langsung, nyanyian Tok Ti ini buat ramai terpaku.
Berikut adalah rakaman Siti Nurhaliza belanja suara santai-santai yang dimuat naik di Instagram milik penyanyi ini:
View this post on Instagram
Perkongsian rakaman ini telah membuatkan ramai terhibur mendengarkan suara lunak merdu Dato’ Sri Siti Nurhaliza menyanyi. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:
“Record dengan live makeup pon padu suara TokTi..Love TokTi”
“Sempoi. Sambil makeup, sambil duduk, sambil nyanyi, sambil cakap. Suara tetap padu”
“…Buat hmmmm hmm tu pun dah sedap”
Kredit: HCL