Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyarankan kerajaan supaya menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji kebaikan serta memberi kelulusan kepada industri g4nja jenis ‘h3mp’ dan m4rijuana perubatan bagi memastikan industri tersebut dikawal selia dengan baik.
Ahli Parlimen Muar itu berkata, pasaran hemp dan m4rijuana dianggarkan kini bernilai RM60 bilion dan dijangka melebihi RM400 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang.
Tambahnya, industri berkenaan juga boleh membantu sebagai kaedah rawatan alternatif kepada m4salah kesihatan ment4l dan sebagainya.
Jelas Syed Saddiq, ketika ini lebih 40 negara telah memberi kelulusan kepada industri g4nja, termasuk di negara jiran, Thailand.
Mengikut nilai pasaran pula, industri ‘h3mp’ menyumbang sebanyak RM60 bilion, dan dalam tempoh empat tahun ia dianggarkan mencecah RM400 bilion.
“Kita tidak mahu lagi Malaysia ke belakang dan ketinggalan. Jangan kita ketepikan perbincangan berkenaan isu ini hanya kerana ia sensltif walhal kajian yang dibentangkan menunjukkan sebaliknya (positif).
“Mengikut data dan sains, industri ar4k dan r0kok jauh lebih berb4haya dari industri h3mp. Tapi kita tidak ada iltizam politik untuk mulakan perbincangan isu ini dengan fakta,” katanya.
Menurut bekas menteri kesihatan, Dr Adham Baba, sehingga September tahun lalu penanaman h3mp masih lagi tertakluk di bawah akta d4dah.
Pada 2019, menteri kesihatan ketika itu Dzulkefli Ahmad mengumumkan kerajaan membenarkan penanaman h3mp yang merupakan sejenis pohon g4nja daripada spesis C4nnabis S4tiva bagi tujuan penyelidikan pihak industri.
Bagaimanapun, kebenaran tersebut masih tertakluk di bawah Seksyen 6B(2) Akta D4dah Berb4haya 1952, di mana menteri kesihatan mempunyai kuasa untuk memberi izin penanaman h3mp, untuk pengeluaran serat dan biji sahaja bagi tujuan bukan komersial.
Sumber : odisi.my