Umi Nazeera merupakan seorang pelakon wanita yang sangat berbakat, pada tahun 2009 nama beliau melonjak naik menerusi drama Nur Kasih.
Ummi merupakan isteri kepada Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani, beliau telah mempunyai seorang cahaya mata yang kini berusia 3 bulan.
Sebelum ini ketika masih hamil, Ummi telah memuat naik gambar beliau dan suami di laman Instagram. Ummi memiliki lebih daripada 900ribu pengikut.
Berdasarkan gambar yang telah dimuat naik.
Beliau telah mengedit sendiri iaitu menukar wajah beliau dan suami tercinta.
Namun, terdapat segelintir peminat yang menegur cara Ummi. Kerana Ummi perlu menjaga adab semasa mengandung kerana risau anak yang bakal dilahirkan.
Walaupun ada yang menegur, akan tetapi terdapat lebih ramai peminat yang memberi komen positif dan terhibur dengan kelakuan ibu mengandung itu.
Komen netizen;
Ni mesti pengaruh snapchat…
haha umi jadi lelaki nampak jambu…
OMG!!! Apekahhh??…
Macam-macam ya perangai Ummi ni. Dalam perkembangan terkini, Ummi telah selamat melahirkan bayi sulungnya, Ayra Aneesah Mohd. Izzar Anwari pada jam 11.37 malam, 22 Ogos lalu.
Melahirkan anak di Hospital Serdang, Ummi bersalin lebih awal sebulan daripada tarikh yang dijangka oleh pihak doktor.