“Tengah Ride Pun Santek” – Siti Nurhaliza Kayuh Basikal Sekitar Kuala Lumpur

Siapa sahaja yang tidak mengenali Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan nama TokTi ini. Cara pembawakan diri, sopan santun, sentiasa merendah diri dengan bakat nyanyiaannya yang merdu, siapa sahaja yang ‘tidak jatuh hati’ dengan insan seni bernama Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Umum sedia tahu Tok Ti juga sangat gemar bersukan seperti berbasikal. Basikal kegemarannya pula bukan calang-calang harganya. Malah baru-baru ini beberapa foto Siti Nurhaliza kayuh basikal sekitar Kuala Lumpur telah mencuri perhatian ramai.

Perkongsian penyanyi nombor satu negara ini memaparkan dirinya bersama basikal lipat dari jenama Brompton. Berikut adalah perkongsian yang dimuat naik menerusi Instagram dengan nama CTDK tersebut:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Wow, masa lapang diisi dengan penuh aktiviti berfaedah! Terbaiklah penyanyi bersuara merdu dan kebanggaan ramai ini! Apa-apa pun perkongsian foto Siti Nurhaliza kayuh basikal sekitar Kuala Lumpur ini telah meraih lebih 50 ribu likes. Rata-rata warganet kagum dengan Siti Nurhaliza ini yang aktif bersukan dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen perkongsian tersebut seperti berikut:

“Tengah ride pun santekkk”

ctdk main basikal 4

“Comel basikal Tok Ti. Sukalah tengok Tok Ti dengan Datuk K…”

ctdk main basikal 3

“Queen of being healthy. We love to see it”

ctdk main basikal 2

“Sejuk mata memandang outfit macam ni”

ctdk main basikal 1

Sumber : Himpunan Cerita Lawak

Author: adminjv

Leave a Reply