Bagi mereka yang ada membela kucing di rumah, tentunya cukup faham dengan gelagat mereka yang suka memanjat perabot dan mencakar pada sofa. Boleh dikatakan ini semua adalah perkara biasa yang selalu dihadapi oleh pemilik dan pencinta kucing.
Macam yang dikongsikan oleh pemilik kucing ini tentang gelagat kucing-kucingnya ini yang begitu aktif memanjat langsir di rumahnya. Malah gelagat kucing ini turut mencuit hati netizen yang turut terhibur melihat gaya mereka memanjat.
Video
Confuse mama ni bela kucing ke monyet 🤭🤭 ##cat ##cats ##catsoftiktok ##tiktok ##fyp ##fypシ ##xyzbca
Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu berkongsikan gelagat kucing-kucing di rumahnya itu yang begitu aktif ke sana sini. Malah gelagat seekor dari mereka yang aktif memanjat turut mencuri tumpuan ramai.
Semuanya gara-gara gelagatnya yang gigih memanjat langsir tersebut walaupun semasa dimarahi oleh pemiliknya itu. Kucing itu kemudian berjaya memanjat langsir tersebut sehingga ke bahagian atas sekaligus membuatkan pemiliknya turut berdekah melihatnya.
Malah kucing itu juga hanya memberikan reaksi selambanya walaupun sedar gelagatnya itu sedang diperhatikan pemiliknya. Melihatkan gelagat nakal kucing itu, ramai yang turut memahami situasi yang dialami oleh pemilik ini dalam melayan kerenah kucing-kucingnya ini.
Di ruangan komen, netizen turut sama memberikan pujian di atas kesabaran pemilik kucing itu melayan gelagat nakal mereka ini. Ada juga yang berseloroh mungkin juga kucing itu sedang berlatih memanjat dan menjadikan langsir itu sebagai tempat latihannya.
“Nak tunjuk skill ala ala gimnastik gitu…”
“Nak masuk paskal agaknya. Sebelum ni ada kucing pandai berenang, dia pun nak uji bakat baru.”
“Tengah berlatih nak hiking tu.”
“Kalau langsir aku, dah roboh dah tu…”
Kredit: HCL