[VIDEO] Ibu Terkejvt Anak Keluarkan Kucing & Duduk Dalam Sangkar, Muka Selamba Je!

Anak-anak jika duduk di rumah pasti ada sahaja idea dan telatah mereka yang mampu mencuit hati dan tak kering gusi tetapi ada juga yang yang buatkan ibu bapa pening kepala melihat idea-idea mereka. Perkara ini dapat disamakan dengan perkongsian seorang ibu di TikTok yang terkejut dengan anak kecilnya yang duduk di dalam sangkar kucing. Alahai, kenapa pula tu?

IBU TERKEJUT ANAK KELUARKAN KUCING & DUDUK DALAM SANGKAR

Video itu sempat dirakam oleh ibunya yang bernama Ain Darman memaparkan anaknya selamba sahaja duduk di dalam sangkar tersebut sambil mengeluarkan beberapa ekor anak kucing yang lain.

Meskipun ibunya sudah menyuruh keluar namun dia tetap duduk di dalam sangkar itu tanpa menghiraukan bebelan ibunya yang masih terkejut melihat situasi seperti itu.

“Ya Allah kenapa awak pula yang pindah duduk sini. Keluar la Nina. Dia keluarkan semua kucing dan duduk dalam ini,” bebel ibunya.

“RISAU KALAU ADA SEEKOR DUA LAGI…”

Video mencuit hati itu menerima 400,100 tontonan dan seperti biasa pasti netizen juga turut terhibur melihat telatah comel Menina yang tidak menghiraukan ibunya itu dan tetapi duduk di dalam sangkar.

Alahai, macam-macam gelagat ya. Nasib baik anak kucing, kalau ibu kucing kena cak4r nanti. Bah4ya!

Kredit: SirapLimau

Author: adminjv

Leave a Reply