Bukan sekadar cantik dan mengikut syariat, tetapi menutup apa yang tidak sepatutnya diperlihatkan kepada lelaki bukan mahram. Alangkah manisnya kita melihat wanita muslimah bertudung dan memakai pakaian yang menutup aurat.
Baru-baru ini, tular satu videonya di TikTok yang dia membalas kepada statement orang yang mengvtuk cara pemakaiannya. Tetapi, lain pula situasi dihadapi oleh gadis manis ini, di mana cara pemakaiannya ditegur oleh ‘netizen bawang’.
Video
Menerusi video tersebut yang kini mendapat lebih 148,000 tontonan di TikTok, gadis bernama Hafisya itu berkata dia tidak ada masalah dengan cara pemakaiannya kerana masih menutup aurat.
Dikutuk style macam makcik-makcik kerana memakai baju dan seluar labuh dan besar.
“Tak kisah pun macam makcik2 janji kita menutup aurat,” katanya.
Jadi, tidak ada salahnya kalau kita menjaga aurat kerana memang itu sepatutnya cara yang dituntut dalam Islam.
Selepas video tersebut tul4r dan mendapat perhatian ramai, Hafisya dihujani banyak sokongan positif dan malah, ada yang mula menutup aurat sepenuhnya selepas follow dia di TikTok.
Ramai lelaki juga turut berkata gaya wanita muslimah adalah sememangnya idaman setiap lelaki yang ingin menjadikan seorang wanita sebagai isteri.
Mimbarraudhah: Pedulikan kata orang sekeliling, yang penting mengikut perintah Allah yang telah diaturkannya. Biar dipandang bvruk orang yang penting indah di pandangan Allah Swt. Semoga kita semua dikurniakan kekuatan dan ketabahan untuk istiqomah dalam mengikut perintah Allah SWT.
Kredit: mimbarraudhah